SELAMAT DATANG KE LAMAN RASMI BLOG "COMMERCE CLUB" POLITEKNIK TUANKU SULTANAH BAHIYAH.

Official Video Commerce Club PTSB

Tuesday, May 27, 2014

Sukarelawan PTSB ke Perkhemahan SAHABAT Majlis Belia Malaysia 2014


Pada 23 Mei 2014 lalu, beberapa orang pelajar Politeknik Tuanku Sultanah Bahiyah telah dipih untuk menjadi Sukarelawan mewakili Politeknik Tuanku Sultanah Bahiyah ke Perkhemahan SAHABAT Majlis Belia Malaysia bersemperna Festival Belia Putrajaya 2014 yang berlangsung di Persiaran Perdana, Putrajaya.

Seramai 55 orang Sukarealawan daripada PTSB telah menyertainya dan hanya PTSB yang berada di sana dan mewakili Politeknik Malaysia. Semasa di sana, pelbagai aktiviti telah dijalankan. Antaranya ialah Nyanyian 1 Malaysia, Sukaneka Rakyat, Pick Up For Green, Penggerak Keikhlasan dan banyak lagi.

Selain itu, Politeknik Tuanku Sultanah Bahiyah juga telah menjadi JOHAN dalam Pertandingan Timbang Bola Sepak Takraw dan Mahjong. Antara aktiviti yang mendapat sambutan dari semua pihak ialah Penggerak Keikhlasan. Tujuan aktiviti tersebut ialah untuk melatih para sukarelawan supaya lebih mendekatkan diri dengan masyarakat sekeliling. Para sukarelawan perlu mendapatkan tanda tangan daripada orang awam dan sukarelawan yang dapat mengumpul tanda tangan yang banyak bagal menjadi pemenang.

2 orang daripada PTSB telah menjadi Naib Johan dan Tempat Ke-3. Selain itu, 9 orang daripada PTSB telah menjadi 20 orang peserta terbaik dalam aktiviti Penggerak keikhlasan tersebut.

Kami daripada Pihak Commerce Club PTSB ingin mengucapkan taniah kepada semua sukarelawan yang menyertai Perkhemahan SAHABAT Majlis Belia Malaysia 2014.

Sedikit gambar semasa berada di sana:







No comments:

Post a Comment