SELAMAT DATANG KE LAMAN RASMI BLOG "COMMERCE CLUB" POLITEKNIK TUANKU SULTANAH BAHIYAH.

Official Video Commerce Club PTSB

Friday, February 28, 2014

KARNIVAL KEUSAHAWANAN KEBANGSAAN POLITEKNIK 2014

Untuk semester ini, MPEC telah memilih Kedah sebagai lokasi bagi Karnival Keusahawanan Kebangsaan Politeknik Malaysia 2014. Selain itu, PTSB juga telah menjadi urusetia bersama dengan Kementerian Pendidikan Malaysia, Jabatan Politeknik, dan MPEC.

Akan diadakan pada 13 Mac 2014 hingga 20 Mac 2014 di Kulim Avenue, Kulim Hi-Tech Park


Jom meriahkan Karnival Keusahawanan Kebangsaan Politeknik Malaysia | Perkasakan Usahawan Politeknik


Thursday, February 27, 2014

SUJAB TELAH KEMBALI!!

SUJAB ataupun lebih dikenali sebagai Sukan Jabatan Perdagangan, telah kembali mencari bakat-bakat dalam bidang sukan. SUJAB ini diadakan pada setiap semester di Politeknik Tuanku Sultanah Bahiyah. SUJAB adalah pertandingan diantara semester. SENIOR VS JUNIOR. Pelbagai aktiviti yang akan dianjurkan seperti Futsal, Bola Tampar, Bola Jaring, Sukaneka dan banyak lagi. Untuk semester ini terdapat juga aktiviti Senamrobik...

Akan diadakan pada 6 Mac 2014 (Khamis) pada jam 7.30 pagi hingga 1.00 petang. Bertempat di Pusat Sukan PTSB.

Untuk kali ini, SUJAB telah memberi kriteria pakaian bagi semua student Jabatan Perd iaitu:
SEM 1 & IPP = Warna Hijau
SEM 2 = Warna Merah
SEM 3 = Warna Kuning
SEM 5 = Warna Biru
SEM 6 = Warna Hitam

Semua Student Jabatan Perd diwajibkan hadir.!!


Thursday, February 20, 2014

Majlis Penutup Commerce Week PTSB

Ramai betul yang datang ke Majlis Penutup tadi.. Tidak disangka-sangka sambutannya.. Alhamdulillah... Saya mengucapkan ribuan terima kasih kepada semua yang hadir ke majlis penutup tersebut. Diharapkan sokongan ini akan diteruskan untuk aktiviti yang akan datang










p/s: Taniah kepada semua pemenang...

Tuesday, February 18, 2014

Penantian untuk Program SUPER SPONTAN Telah Berakhir

Akhirnya penantian semua pelajar Jabatan Perdagangan mengenai Program Super Spontan telah tamat pada petang 18hb Februari 2014. Alhamdulillah semuanya bergembira semasa berada di program tersebut. Terdapat juga beberapa orang bekas pelajar juga datang untuk melihat program tersebut. Sambutan yang sangat hangat semasa program berlangsung.


Sunday, February 16, 2014

Majlis Perasmian Commerce Week dan Pelancaran Commerce Club dan Program Mentor Mentee Audit

Pada hari ini, telah berlangsungnya Majlis Perasmian Commerce Week yang julung-julung diadakan di Jabatan Perdagangan yang menjanjikan hiburan berbentuk pendidikan kepada semua student Jabatan Perdagangan.

Antara gambar sekitar Majlis Perasmian tersebut:


UCAPAN PERASMIAN DARI KETUA JABATAN, EN AHMAD FIKRI


PENAT MEREKA TIUP!!!


PELANCARAN COMMERCE CLUB DAN MEDIA BUZZ COMMERCE CLUB


PENSYARAH DAN STUDENT AUDIT BERSAMA DENGAN KETUA JABATAN PERD

STREAMER PELANCARAN COMMERCE CLUB

Friday, February 14, 2014

Aktiviti Pertama Sebelum Commerce Week PTSB

Walaupun penat tetapi ianya sangat memuaskan diri apabila dapat menceriakan Jabatan Perdagangan. Pada 19hb Februari ini, pelajar DAT3A akan menyambung tugas mereka dengan menanam pokok herba di kawasan yang telah disediakan sebentar tadi.

Thursday, February 13, 2014

Nantikan Kemunculan Program SUPER SPONTAN Commerce Week

Mesti ramai yang tak percaya apabila Jabatan Perdagangan menganjurkan Program Lawak Super Spontan ini. Nampaknya sambutan terhadap program ini sangat memuaskan. Ramai pelajar yang mendaftarkan diri dalam program ini termasuklah para pensyarah Jabatan Perdagangan.

Nantikan Perlawanan STUDENT VS LECTURER!!! Terbaik

Tarikh Program : 18 Februari 2014 (SELASA)
Masa : 2.00 petang hingga 5.00 patang
Tempat: Jabatan Perdagangan, PTSB


Wednesday, February 5, 2014

KURSUS ASAS KEUSAHAWANAN DARI ADFIM

ADFIM - Association of Development Finance Institutions of Malaysia akan menganjurkan "KURSUS KEUSAHAWANAN" bagi pelajar semasa dan bekas pelajar PTSB.

Kepada yang berminat untuk menyertainya, sila berikan nama, ic dan no telefon anda kepada Pn Asmidar Binti Ahmad Salleh (Pensyarah Jabatan Perdagangan PTSB)


COMMERCE WEEK PTSB

Jabatan Perdagangan, Politeknik Tuanku Sultanah Bahiyah dan Commerce Club akan menganjurkan Program Commerce Week yang akan diadakan pada 16 Februari 2014 dan 20 Februari 2014 di Jabatan Perdagangan, Politeknik Tuanku Sultanah Bahiyah.

Pelbagai aktiviti yang akan dianjurkan oleh Commerce Club dan Jabatan Perdagangan, PTSB.