SELAMAT DATANG KE LAMAN RASMI BLOG "COMMERCE CLUB" POLITEKNIK TUANKU SULTANAH BAHIYAH.

Official Video Commerce Club PTSB

Sunday, March 30, 2014

POLYLIMPIK INTER JABATAN PTSB 2014

Akhirnya telah tamat sudah program terakhir untuk semester ini. Taniah diucapkan kepada semua yang terlibat secara langsung ataupun tidak langsung. Ucapan taniah juga dirakamkan kepada Urusetia yang terlibat iaitu daripada Majlis Perwakilan Pelajar dan Y Team PTSB. Diharapkan program seperti ini dapat dilakukan pada setiap semester.

Taniah juga kepada semua pemenang bagi setiap acara yang dianjurkan. Berita Baik, Jabatan Perdagangan telah menjadi Juara Keseluruhan bagi POLYLIMPIK INTER JABATAN PTSB 2014. Taniah diucapkan.. Hidup JP....




Thursday, March 20, 2014

XPLORASI DESA POLITEKNIK KASIH II KPM 2014 di Kampung Terap, Serdang Kedah

Kini kembali lagi... Program yang ditunggu oleh semua pelajar PTSB iaitu Program Xplorasi Desa Politeknik Kasih 2 KPM 2014 yang berlokasi di Kampung Terap, Serdang Kedah Darul Aman. Program ini dianjurkan oleh Jabatan Hal Ehwal & Pembangunan Pelajar, Jabatan Kejuruteraan Awam dan Majlis Perwakilan Pelajar (MPP) daripada Politeknik Tuanku Sultanah Bahiyah. 

Program ini juga mendapat kerjasama dengan Pusat Kesihatan Daerah Kulim, Lembaga Tabung Haji, Agensi Antidadah Kebangsaan, Majlis Perbandaran Kulim, Pejabat Polis Diraja Malaysia Cawangan Kulim dan Jabatan Kerja Raya Kulim. Selain itu, program ini juga mendapat kerjasama 1 Malaysian For Youth (1M4U).

Program ini diadakan pada 20 Mac 2014 hingga 22 Mac 2014. Program ini dapat memupuk sikap kesukarelawan dalam diri setiap peserta yang menyertai program ini. Selain itu, program ini juga dapat mengeratkan silaturahim diantara PTSB dengan penduduk setempat.

Program ini juga mempunyai beberapa aktiviti seperti Program Anak Angkat, Program Kesukarelawan, Lawatan Ilmiah, Suai Kenal dan banyak lagi.

Diharapkan program ini dapat memberikan banyak input kepada semua pelajar yang menyertainya. Insyallah.


Tuesday, March 11, 2014

MASTERCHEF PTSB CIRCUIT 1/2014

Program yang menjadi fenomena di malaysia dan di seluruh dunia. Kali ini, atas inasitif Unit Bahasa Inggeris, Jabatan Pengajian Am, PTSB ingin menganjurkan sebuah program masakan yang terbaik di seluruh dunia iaitu MASTERCHEF PTSB CIRCUIT 1/2014.

Program ini bakal diadakan pada 18 Mac 2014 dan 20 Mac 2014 di Pusat Islam PTSB. Hanya 15 kumpulan (1 staff dan 4 @ 5 student) yang diperlukan untuk melayakkan diri ke Pusingan Kelayakan dan seterusnya Pusingan Akhir. Siapakah JUARA PERTAMA MASTERCHEF PTSB CIRCUIT 1/2014. Nantikan...


Monday, March 10, 2014

Karnival ICT & Pameran Pendidikan 2014 Anjuran PTSB & UniKL

Jom sama-sama kita meriahkan Karnival ICT & Pameran Pendidikan 2014 yang dianjurkan oleh pihak Politeknik Tuanku Sultanah Bahiyah dan pihak UniKL, Kulim Kedah. Pelbagai aktiviti yang dianjurkan dan pelbagai hadiah menarik yang ditawarkan. Mai jangan tak mai....


Saturday, March 8, 2014

Pesawat MH370 Malaysia AIrlines HILANG?

Kita hanya mampu berdoa sebagai rakyat yang prihatin antara satu sama lain. Oleh itu, mari la kita bersama-sama berdoa agar penumpang, kapten dan co-kapten dapat ditemui dengan kadar yang segara. Amin... Ya Allah.. Ampunilah mereka dan selamatkanlah mereka. Amin..


#PrayForMH370 #MalaysiaAirlines

EXPLORASI GUA TEMPURUNG Bersama Dengan Pelajar Semester 6 dan Ahli KEKWA PTSB

Explorasi ini disertai oleh beberapa pelajar DAT3A, Semester 6 dan Ahli Kelab Kebudayaan dan Warisan (KEKWA) Politeknik Tuanku Sultanah Bahiyah. Program ini bukan sahaja bertujuan untuk mencabar diri anda, ianya juga mencabar minda anda.

Lokasi pertama kami ialah ke Kilang Kicap Tamin. Tujuan kami ke sana ialah untuk mendapat ilmu mengenai cara pemprosesan Kicap secara live. Selain itu, kami juga dapat melihat beberapa produk baru yang dikeluarkan selain kicap.

Lokasi seterusnya ialah kami ke Pusat Kraf Negara Cawangan Perak yang berhadapat dengan Kilang Kicap Tamin. Di sana kami diberikan pendedahan mengenai bertapa pentingnya kita menjaga warisan kesenian negara kita sendiri. Kami juga dapat melihat demo pembuatan Labu Sayung oleh pekerja di situ.

Lokasi yang dinantikan ialah Gua Tempung yang menjadi kebanggaan negari perak. Di sana kami diberi kumpulan untuk program Explorasi tersebut. Kami dipandu arah oleh beberapa oleh ranjer di sana. Pada permulaan mendaki ke gua tersebut sememangnya biasa bagi kami. Tapi apabila sampai ke puncak di dalam gua, kami terpaksa menuruni dinding gua yang sangat curam yang tidak mampu dilakukan sekiranya mental dan fizikal anda tidak kuat. Tapi Alhamdulillah semuanya berjaya melepasi halangan tersebut walaupun basah satu badan. Taniah semua.

Lokasi terakhir kami ialah ke RTC Perak yang berdekatan dengan Highway PLUS. Terdapat pelbagai kemudahan yang disediakan di RTC Perak seperti Pasaraya, Tempat Makan dan banyak lagi.

Program ini boleh dianggap sebagai berjaya kerana mampu membuatkan semua pelajar gembira semasa aktiviti.


Sumber Internet

Sumber Internet

Sumber Internet

TANIAH KEPADA SEMUA YANG TERLIBAT

Lawatan Ilmu DAT3A dan Student kursus Costing ke Gurun dan Sik Kedah.

Bagi semester ini, pensyarah kursus "Costing" telah membawa anak muridnya ke beberapa lokasi untuk memberikan ilmu pengetahuan dan untuk menyempurnakan tugasan yang terakhir bagi "Case Study". Antara lokasi pilihan pensyarah tersebut ialah KEDA AGRO BIZ SDN BHD di Sik Kedah dan NANI'S FROZEN FOOD di Sik Kedah.

Maklumat KEDA AGRO BIZ SDN BHD
Ditubuhkan dibawah KEDA HOLDING dan kini mempunyai pelbagai perkhidmatan yang disediakan. Lokasi tersebut dipilih kerana terdapat sumber Air Mineral bawah tanah.

Maklumat Ambang Dorongan SDN BHD (NANI'S FROZEN FOOD)
Ditubuhkan atas dorongan pengarah syarikat tersebut yang ingin memasarkan kuih muih Malaysia ke negara luar dengan cara Sejuk Beku ataupun Frozen. Banyak tempahan dari luar negara selepas beberapa tahun ianya ditubuhkan hinggalah kini.