SELAMAT DATANG KE LAMAN RASMI BLOG "COMMERCE CLUB" POLITEKNIK TUANKU SULTANAH BAHIYAH.

Official Video Commerce Club PTSB

Saturday, June 7, 2014

PTSB JOHAN Pertandingan Catur Bestari Semperna Karnival Keusahawanan dan Kesenian Islam Melaka

Alhamdulillah... Akhirnya pasukan daripada Politeknik Tuanku Sultanah Bahiyah telah menjadi JOHAN dan Pemegang Aset Tertinggi dalam Pertandingan Catur Bestari Semperna Karnival Keusahawanan dan Kesenian Islam di Melaka.

Taniah diucapkan kepada peserta yang menyertai pertandingan tersebut.






Saturday, May 31, 2014

PTSB Naib Johan Pertandingan Debat Politeknik KPM 2014

Alhamdulillah... Ucapan TANIAH dirakamkan kepada para peserta Pertandingan Debat Politeknik KPM 2014 yang bersama selama 3 hari bermula pada 28 Mei 2014 hingga 30 Mei 2014 di Hotel Grand Bluewaves, Shah Alam.

Para peserta juga ditemani oleh Penasihat Kelab Debat dan Pidator PTSB, Puan Haniza binti Muhammad dan senior-senior Kelab Debat dan Pidator PTSB. Sekali lagi ucapan taniah daripada kami Commerce Club PTSB kepada semua yang terlibat.





Tuesday, May 27, 2014

Sukarelawan PTSB ke Perkhemahan SAHABAT Majlis Belia Malaysia 2014


Pada 23 Mei 2014 lalu, beberapa orang pelajar Politeknik Tuanku Sultanah Bahiyah telah dipih untuk menjadi Sukarelawan mewakili Politeknik Tuanku Sultanah Bahiyah ke Perkhemahan SAHABAT Majlis Belia Malaysia bersemperna Festival Belia Putrajaya 2014 yang berlangsung di Persiaran Perdana, Putrajaya.

Seramai 55 orang Sukarealawan daripada PTSB telah menyertainya dan hanya PTSB yang berada di sana dan mewakili Politeknik Malaysia. Semasa di sana, pelbagai aktiviti telah dijalankan. Antaranya ialah Nyanyian 1 Malaysia, Sukaneka Rakyat, Pick Up For Green, Penggerak Keikhlasan dan banyak lagi.

Selain itu, Politeknik Tuanku Sultanah Bahiyah juga telah menjadi JOHAN dalam Pertandingan Timbang Bola Sepak Takraw dan Mahjong. Antara aktiviti yang mendapat sambutan dari semua pihak ialah Penggerak Keikhlasan. Tujuan aktiviti tersebut ialah untuk melatih para sukarelawan supaya lebih mendekatkan diri dengan masyarakat sekeliling. Para sukarelawan perlu mendapatkan tanda tangan daripada orang awam dan sukarelawan yang dapat mengumpul tanda tangan yang banyak bagal menjadi pemenang.

2 orang daripada PTSB telah menjadi Naib Johan dan Tempat Ke-3. Selain itu, 9 orang daripada PTSB telah menjadi 20 orang peserta terbaik dalam aktiviti Penggerak keikhlasan tersebut.

Kami daripada Pihak Commerce Club PTSB ingin mengucapkan taniah kepada semua sukarelawan yang menyertai Perkhemahan SAHABAT Majlis Belia Malaysia 2014.

Sedikit gambar semasa berada di sana:







Saturday, May 17, 2014

Sukarelawan PTSB ke Festival Belia Putrajaya 2014

Alhamdulillah. Akhirnya apa yang dirancang oleh Co-Anchor Commerce Club PTSB telah tercapai untuk membawa pelajar Politeknik Tuanku Sultanah Bahiyah ke Festival Belia Putrajaya 2014. Seramai 60 sukarelawan dari Politeknik Tuanku Sultanah Bahiyah akan bertugas dan berkampung di Tapak Festival Belia Putrajaya 2014 selama 3 hari 2 malam.

Diharapkan para sukarelawan akan dapat banyak input-input semasa program tersebut dijalankan. Insyallah.. DARI BELIA UNTUK BELIA


Wednesday, May 14, 2014

Debaran #ResultFinalExam #Disember2013

Mesti semua tengah berdebar menunggu keputusan secara rasmi Keputusan Peperiksaan Akhir Semester Disember 2013? Debaran ini akan terungai pada 15 Mei 2014 (Khamis) pada jam 12 Tengah Hari.

Pihak Commerce Club mengucapkan selamat maju jaya kepada semua pelajar Politeknik Tuanku Sultanah Bahiyah. Diharapkan anda akan dapat membanggakan keluarga anda dengan keputusan pada esok hari.

Kepada yang kurang bernasib baik jangan putus asa ya. Teruskan perjuangan anda hingga ke titisan akhir.

Anda boleh menyemak keputusan anda di Sistem Pengurusan Maklumat Pelajar (SPMP) PTSB http://www.spmp.ptsb.edu.my. Kemudian sila masukkan No Kad Pengenalan dan No Matrik anda. Kemudian sila klik pada I-Exam dan kemudian klik di Keputusan Peperiksaan Akhir Semester.

Thursday, April 24, 2014

7th FIRA Malaysia Cup @ Politeknik Tuanku Sultanah Bahiyah

Politeknik Tuanku Sultanah Bahiyah (PTSB) akan menganjurkan 7TH Federation Of International Robot-Soccer Association (FIRA) Malaysia Cup And Congress 2014 pada 19 - 23 Mei 2014. Penyertaan FIRA 2014 ini adalah daripada universiti, politeknik dan sekolah daripada seluruh Malaysia.

Aktiviti yang akan dijalankan sepanjang 7th FIRA ini iaitu:
1. FIRA Malaysia Cup – 6 Kategori yang akan dipertandingkan iaitu Hurocup, Simurosot, Mirosot, Robosot, Androsot dan MyBot
2. FIRA Workshop - Bengkel ini menyediakan gambaran computer vision dan aplikasinya dalam robotik. Peserta akan didedahkan dengan pustaka OpenCV dan kawalan robot.


Untuk maklumat lanjut tuan/puan boleh layari www.ptsb.edu.my/fira atau laman fanpage 7th FIRA Malaysia Cup https://www.facebook.com/pages/7th-FIRA-Malaysia-Cup-2014/222979837902480


Wednesday, April 9, 2014

PTSB Johan Keseluruhan Pertandingan Polytechnic Startup Challenge (Biz Idea & Biz Plan)

Taniah diucapkan kepada pelajar Jabatan Perdagangan iaitu 

> AHMAD AZREEN BIN AHMAD FAUZI
> MUHAMMAD SYAHMI FAIZ BIN ABDUL HALIM

yang telah mendapat Tempat Pertama dan Johan Keseluruhan bagi Pertandingan Polytechnic Startup Challenge (Biz Idea & Biz Plan) yang telah diadakan pada 26 – 27 Mac 2014 di Politeknik Ungku Omar, Perak

Mereka juga telah terpilih untuk mewakili Politeknik Malaysia ke pertandingan Institute Higher Learning-Malaysian Startup Challenge (i-MSC 2013/14) anjuran Multimedia Development Corporation Sdn. Bhd. (MDEC) yang dijangkakan berlangsung pada April 2014 ini.. Taniah sekali lagi dari kami.

Sumber daripada Rakan Facebook Commerce Club PTSB

Sumber Daripada Pihak Pengajur

#Terbaik #Student #CommerceDepartment #PTSB