Program ini juga mendapat kerjasama dengan Pusat Kesihatan Daerah Kulim, Lembaga Tabung Haji, Agensi Antidadah Kebangsaan, Majlis Perbandaran Kulim, Pejabat Polis Diraja Malaysia Cawangan Kulim dan Jabatan Kerja Raya Kulim. Selain itu, program ini juga mendapat kerjasama 1 Malaysian For Youth (1M4U).
Program ini diadakan pada 20 Mac 2014 hingga 22 Mac 2014. Program ini dapat memupuk sikap kesukarelawan dalam diri setiap peserta yang menyertai program ini. Selain itu, program ini juga dapat mengeratkan silaturahim diantara PTSB dengan penduduk setempat.
Program ini juga mempunyai beberapa aktiviti seperti Program Anak Angkat, Program Kesukarelawan, Lawatan Ilmiah, Suai Kenal dan banyak lagi.
Diharapkan program ini dapat memberikan banyak input kepada semua pelajar yang menyertainya. Insyallah.
No comments:
Post a Comment